Wednesday, May 12, 2010

PIALA UBER-MALAYSIA KALAH..


KUALA LUMPUR, 11 Mei — China terbukti terlalu hebat buat pasukan negara apabila dengan mudah menundukkan Malaysia 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Uber di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Dalam pertandingan itu, Malaysia tidak menurunkan barisan pemain terbaik, sebaliknya memilih untuk memberi pendedahan kepada para pemain muda iaitu perseorangan Sanatasah Sanuri dan beregu Woon Khee Wei-Vivian Hoo.

Sanatasah, pemain nombor 119, yang turun menggantikan Wong Mew Choo sebagai perseorangan pertama, nyata tidak mampu menyaingi ketangkasan perseorangan pertama dunia Wang Yihan dari China.

Gadis kelahiran Sabah itu kecundang 11-21, 8-21 di tangan Wang.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan mengaku banyak melakukan kesilapan akibat teragak-agak semasa membalas pukulan daripada Wang.

“Saya memang ‘nervous’ sebab ini ‘first time’ nak bertemu juara dunia Yihan. Tapi melalui ‘game’ ini saya dapat belajar kawal perasaan (gemuruh) “ katanya yang pertama kali beraksi dalam kejohanan Piala Uber.

Malaysia, bagaimanapun, berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir esok bersama-sama China, Jepun, Korea, Indonesia, India, Denmark dan Russia.

Jurulatih skuad Piala Uber negara Teh Seu Bock berkata Malaysia berharap dapat bertemu Jepun dalam pertandingan esok berbanding negara lain, memandangkan Malaysia mempunyai kelebihan terhadap pasukan itu.

“Kami memperoleh lebih banyak peluang berdepan Jepun. Kelebihan kami terletak pada perseorangan pertama dan kedua serta pemain beregu,,” katanya.

Sementara itu Korea menewaskan India 4-1 dalam pertandingan peringkat kumpulan.

Terdahulu, dalam saingan peringkat kumpulan, Indonesia dan Jepun mengalahkan lawan masing-masing, Denmark dan Russia, 5-0. — Bernama

*dipetik dari themalaysianinsider.

4 comments:

BalqisShafiqa said...

Apa skill Cina main ni?
jeles gua!



Jom terjah FIFA Piala Dunia.

mahira oya said...

x best kalah woo..

kacang said...

huhu.
sdeyh.
china kuat

lemontree said...

skil apa lagi ataccking lee.........gua agentina