Tuesday, July 19, 2011

CoRetan saia

Hembusan nafasku yang terakhir hanya untuk kucupan darimu..
Setiap langkahku mengingati dirimu..
Keadaan sekeliling mendorongku memahami dirimu..
Dalam sejenak aku dibuai mimpi..
Mimpi yang aku sendiri tidak mengerti..
Hadirmu bagai mimpi..
Kehilangan mu tidak ku nanti..
Aku mahu sentisa disisi..dibelai dan disayangi..
oleh insan yang teristimewa di saat ini.

Jika pernah aku melukanmu.
Maafkan aku..tidak pernah terniat untuk menghancurkan harapan..
Jika pernah aku mengasari mu..sedarkah bahawa itu hanya gurauan semata-mata
Tidak ku sanggup mencederakanmu apatah lagi membunuh hatimu..
Jangan pernah sia-siakan perhubungan ini..agar tidak menjadi penyesalan di kemudian hari..

Aku insan biasa yang tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan..
Aku ada kelebihan dan juga kekurangan.
Andaikata kekuranganku membuat dirimu jauh dariku.Ku mohon keampunan.
Tidak ku sanggup kehilangan insan seperti mu.
Tidak ku tahan melihat perpisahan..
Akan ku titiskan air mata ini di setiap hembusan nafasku agar kau tahu bahawa tiada yang lebih baik dari mengenalimu.


Coretan : cik teera

(sukasuki)

No comments: