Wednesday, October 5, 2011

Tersirat.....

Sudah masanya untuk bertutur di setiap patah perkataan ini tersembunyi sesuatu yang mungkin susah untuk diiertikan.Setiap huruf menggambarkan perkara yang pernahku lalui dalam hidup ini.Cabaran yang datang akan sentiasa bersama seiringan dengan arus kehidupan kita sebagai remaja yang mahu meningkat dewasa.

Kadang-kadang terkenangkan cebisan kenangan yang pernah mengamit senyuman.Kadang-kadang juga ada yang membasahi pipi berlinangan air mata melihatkan ketabahan yang dihadapi meniti detik-detik pilu yang munkin menjadi memori hitam yang membawa kita kembali berdiri tegak di atas kaki sendiri dan melaluinya dengan pengalaman yang akan mematangkan kita dari masa ke semasa.

Fahamilah diri ini bukannya sempurna.Ada cacat celanya.Tetapi tidak bermaksud tidak mampu mengubah menjadi lebih baik.

Sahabat sering bertukar ganti.Mampukah untuk memiliki kawan sejati .Jika terjumpa akan ku simpan ia kemas di hati tidak akan ku biarkan ia dibuka kunci.Anugerah itu terlalu berharga untuk kita sebagai manusia.Seperti hilang nyawa jika yang disayangi hilang dalam sekelip mata.Keluarga tercinta memberikan segala pengorbanan demi kebaikan semua.Tidak akan ada yang terindah selain meluangkan masa bersama darah daging kita sendiri.

Inginku penuhi hari-hariku dengan senyuman bila aku dapat apa yang diimpikan.Ketabahan ,usaha yang tidak ternilai akan membuatkan diri ini dapat sedikit perhatian untuk membuahkan kebanggaan.Berjaya dalam setiap apa yang dilakukan.

Kehidupan melapangkn fikiran kita berfikir sejenak tentang keindahan alam ciptaan-Nya.Tiada tandingan nya.Sejenak ku memandang ke arah hujan renyai yang memisahkan hati hitam menjadi terang.Mengakui kesilapan yang lalu.Menangisi hari-hari itu dengan tangan memohon keampunan dari Allah yang maha Esa.Bersujud di atas tikar sejadah dengan kedaifan hambamu ini ya Allah.
Ku berserah.

No comments: