Friday, January 27, 2012

Berbahagialah

BERBAHAGIALAH

..........................

Jadilah diri anda sendiri,bukan jadi orang lain demi menumpang perhatian dan kasih orang lain.

...........................

Jika mereka tidak menyukai anda,biarkanlah mereka kerana matlamat kita dilahirkan ke dunia bukanlah untuk diperhatikan manusia.

............................

KEBAHAGIAAN adalah satu jalan pilihan dalam ketentuan-Nya.Kalau mungkin tiada orang mampu memberikan anda kebahagiaan bermakna tiada orang juga berhak mengusik atau merampas kebahagiaan anda.

..............................

Teruslah jadi diri anda sendiri kerana anda bukan dilantik untuk bertugas sebagai penyenang hati orang lain padahal sebaliknya diri sendiri menderita kerana gagal menjelma menjadi diri sendiri.

..............................

Buatlah sesuatu kerana Allah kerana Dia tidak akan pernah mengecewakan.

Hanya Allah s.w.t tahu apa yg terbaik buat kita



No comments: